Free Tulip Cursors at www.totallyfreecursors.com

BUKIT BENDERA

 BUKIT BENDERA PULAU PINANG



  Kalau orang Penang tak sampai lagi Bukit Bendera, maka bukan orang Penanglah. Aku bukan orang Penang.
Sarapan dulu di Kulim dan terus ke Air Itam, ke Stesyen Kereta Api Bukit Bendera. Dalam perancangan nak naik ke Bukit Bendera waktu pagi. Maklumlah cuti sekolah, mungkin jika lambat orang ramai. Dalam jam 8.30 pagi kami sampai ke stesyen. Orang tak ramai. Tapi parking sekitar stesyen kereta api bukit semua penuh. Mungkin penduduk setempat yang parking.



Masa kami sampai orang tak ramai lagi. Beli tiket terus masuk kedalam stesyen. Sepanjang laluan untuk menaiki kereta api dibuat seperti galeri. Diletakkan model kereta api dulu-dulu dan juga alatan-alatan yang berkaitan sejarah awal Kereta Api Bukit Bendera. Sementara menunggu kereta api sampai bolehlah menambahkan ilmu - macam bagus ja.

View Bukit Bendera

Sampai keatas. Terasa kedinginannya. Tempat pertama kami tuju ialah Sky Walk. Sebuah pelantar yang dibina 360⁰. Dapatlah melihat kehijauan Bukit Bendera dan di kejauhan boleh nampak Georgetown - tak berapa jelas sebab sedikit jerebu.

Skywalk Bukit Bendera

Dah habis pusing-pusing Sky Walk kami jalan-jalan santai mencari Ais Kacang (ABC la tu) yang diviralkan sambil menikmati suasana sejuk dan keindahan disini. Katanya Ais Kacang sedap.


Kami sampai di Medan Selera Bukit Bendera. Masuk kesini ada dua tingkat. Macam-macam ada dari goreng-goreng sehingga makanan barat. Kiosk ini bercampur anatar pengusaha Islam dan juga non-muslim. Jadi pilihlah yang mana berkenaan.


Makan sini bukan nak bagi kenyang tapi nak merasa apa yang orang perkatakan saja. Selesai makan kami ronda-ronda santai lagi. Bukan dapat datang tipa-tiap hari.



Bukit Bendera sekarang bukan seperti zaman dulu-dulu. Dulu-dulu tak banyak tarikan. Seingat aku cuma ada medan selera, tempat melihat pemandangan dan tempat lepak-lepak sambil menikmati cuaca sejuk. Sekarang berbagai tarikan ada seperti Medan Selera yang selesa, Owl Museum, Camera Museum, Little Village, Perkhidmatan Buggy, The Habitat, Earthquake and Typhoon Pavilion. Yang pasti nak masuk kebanyakannya berbayar, harga pun boleh tahan ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“.


Selepas tu, kami menuju to the other side of this puncak Bukit Bendera. Rupanya, ada kuil di sini. Hebatkan bagaimana mereka boleh bina kuil di atas puncak.


Setelah puas menghabiskan masa di sini, akhirnya kami pun pulang menuju ke bawah bukit semula dengan menggunakan train. Such a wonderful Tyme!!


Setakat ini sahaja yang dapat Saya kongsikan untuk korangg semuaa serba sedikit tentang Bukit Bendera๐Ÿ˜˜TERIMA KASIH kerana sudi luangkan masa korangg untuk membaca blog Saya Selamat Bercuti Di Bukit Bendera!!

 


No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

  Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang menarik. Kerajaan melalui Kementerian Pelanconga...