Free Tulip Cursors at www.totallyfreecursors.com

Thursday, 26 November 2020

MY BLOG :Percutian di Pulau Pangkor

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog a travel girl😝🙆

Di sini adawi nak berkongsi tentang Percutian Di Pulau Pangkor.Bak kata orang "jauh perjalanan,luas permandangan "😘yang bermaksud "Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat. Di Malaysia ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti tempat peranginan, tempat peninggalan sejarah dan lain-lain lagi.Salah satu contoh tempat peranginan yang ingin saya kongsikan kat korangg ialah Pulau Pangkor.

Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak,Malaysia di perairan Selat Melaka.Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang.Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi perlancongan di Malaysia.Kos untuk bercuti juga tidak terlalu tinggi.Banyak chalet murah di kawasan pantai yang boleh dipilih bersesuaian dengan bajet korangg tauu😁.Tarikan utama pelancong ialah kecantikan pantai,air laut yang jernih, laut yang kaya dengan coral serta hidupan laut yang cantik.


                                                                       SEJARAH

Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama. 1670-Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah biji timah dari negeri Perak.Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak.Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.

1874- Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor.Perjanjian ini bersetuju da mengiktirafkan Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak.

Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan perjanjian ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI).


                                                                         LOKASI

Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka.Ia termasuk dalam daerah Manjung di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.Bandar terhampir dengan Pulau Pangkor di tanah besar ialah Lumut.Para pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor akan menaiki feri dari Jeti Lumut atau Marina Island.


PENGANGKUTAN

Feri>Pulau Pangkor
*ada 3 pilihan untuk ke Pulau Pangkor

boleh menaiki feri dari-:
1)Jeti Lumut
2)Jeti Marina
3)Jeti Teluk Batik

Sejak Jeti Marina dibuka,orang ramai lebih suka ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina ni.Rasanya orang suka guna feri dari Jeti Marina ni sebab jimat masa.Kalau tidak sebelum ada Jeti Marina beberapa tahun dulu orang ramai lebih suka ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri dari Jeti Lumut berbanding dari Teluk Batik.

WAKTU PERJALANAN(PULAU PANGKOR)

dari Jetty Marina:-hanya 10 minit
dari Jetty Lumut:-40-45 minit

TAMBANG
Tambang feri ke Pulau Pangkor dari Jetty Marina berbeza untuk warga Pulau Pangkor dan orang awam.

Tiket dijual(2 hala)
-Pelancong (orang awam) beli tiket 2 hala(pergi balik)

P/S:JANGAN HILANGKAN TIKET SEBAB GUNA TIKET YANG SAMA UNTUK BALIK.

Tiket umum(orang awam)
-Dewasa =RM14.00 (2 hala)
      -Kanak-Kanak=RM5.00 (2 hala)

Penduduk Pulau Pangkor
-Dewasa=RM6.00(2 hala)
         -Kanak-Kanak=RM3.00(2 hala)

P/S:TIKET UNTUK PENDUDUK PULAU PANGKOR HANYA BOLEH DIBELI OLEH MEREKA YANG MEMILIKI KAD PENGENALAN BERALAMAT PULAU PANGKOR SAHAJA.


JADUAL FERI KE PULAU PANGKOR DARI JETI MARINA

 (JETI MARINA-PULAU PANGKOR)

JADUAL FERI

*Jeti Marina-Pulau Pangkor

(Feri seawal 7:15am.8.00pm)

*Pulau Pangkor-Jeti Marina

(Feri seawal 6.45am>7.30pm )



JADUAL FERI PULAU PANGKOR-JETI MARINA
(Sewaktu PKP COVID-19)

PARKING(JETI MARINA)
1.Lot parking agak luas
                      2.Parking berbumbung sangat limited
                        (harga mahal sikit tapi tetap penuh)
                                                                3.Parking VIP
                       (lagi mahal tetapi cepat penuh juga)
Better datang awal untuk dapat lot parking yang agak berdekatan dengan terminal.Bukan apa jika lambat,parking agak jauh kemudian kena jauh sikit berjalan.

Kadar Parking
    RM0.70 /jam-tak berbumbung
RM10/hari-tak berbumbung
                RM15-20/day-berbumbung(per entry)
RM20-30/day-VIP

Parking Berbumbung
masuk je kena caj parking rate daily.1 hari bukan ikut kiraan bilangan 24 jam ye.(tetapi ikut kalender)

CONTOH
masuk sabtu 3pm dan balik ahad 1pm.ini dikira 2 hari yer
RM30(VIP parking)


BAS(JETI MARINA-PULAU PANGKOR)
Pengangkutan awam-bas ekspress
(boleh terus naik bas dan turun di sini)

Beli tiket online di Portal Bus Online lebih senang.Disebabkan operator bas sangat limited serta bilangan bas pon tak banyak setiap hari.Jadi belilah tiket awal dan beli return tiket siap-siap.

P/S:JANGAN LUPA BELI TIKET RETURN SIAP II TAU NNTI BALIK DARI PULAU PANGKOR TAK RISAU TAK DAPAT TIKET

Cek jadual terkini.Cek di Bus Online

KEMUDAHAN DI JETI MARINA
-surau disediakan
-Restoran dan Cafe juga ada
-Tempat menunggu juga selesa


TEMPAT BERSEJARAH UNTUK DILAWATI
Di sini adawi bagi beberapa contoh tempat bersejarah yang korang boleh lawati iaitu :-

1)Kota Belanda
Kota Belanda terletak di Teluk Gedung,Pulau Pangkor.Kota ini dibinapada tahun 1670 sebagai stor menyimpan bijih timahyang dilombong di Perak.Walau bagaimanapun,ia telah dimusnahkan pada tahun 1690 oleh orang melayu yang tidak berpuas hati dengan belanda.
Ia telah dibina semua pada tahun 1743 dan digunakan sehingga tahun1779.Kota ini tidak digunakan lagi selepas itu dan terbiar sehingga tahun1973,Jabatan muzium telah memulihara kota ini sebagai satu monumen dan tapak sejarah.





2)Batu Bersurat Belanda
Batu Bersurat Belanda terletak di Teluk Gedung,Pulau Pangkor.Dibatu besar yang terbelah dua ini terdapat ukiran gambar dan tulisan ringkas yang ditinggalkan oleh Belanda yang menduduki pulau ini pada kurun ke 16 hingga 17.Lokasinya juga tidak jauh dari Kota Belanda.



3)Galeri Panorama Pangkor
Galeri Panorama Pangkor ialah sebuah sekolah lama yang dijadikan mini muzium.Ia menyimpan berbagai koleksi lukisan dan barangan lama yang dipamekan kepada pengunjung.Masuk adalah percuma.Jadi jangan ketinggalan untuk memasukkan tempat ini dalam senarai lawatan korang okayyyy🙆.
  




PANTAI MENARIK DI PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor mempunyai beberapa pantai menarik yang boleh korang kunjungi.Pantainya berpasir bersih dengan air laut yang jernih serta pohon-pohon rendang di persisiran pantai menjadi tarikan pelancong ke pulau ini.Bukan itu sahaja,ia juga menjadi tumpuan pengunjung yang  ingin melakukan aktiviti watersport,menjamu selera atau bersantai menikmati keindahan panaroma matahari terbenam.

Di bawah ini adawi senaraikan pantai yang mesti korang kunjungi apabila bercuti di Pulau Pangkor😜

1)PANTAI PASIR BOGAK
terletak tidak jauh dari Pekan Pangkor.Pantai ini popular dengan sukan air dan aktiviti pantai lain.Di sini juga terdapat banyak resort dan chalet.Begitu juga dengan restoran dan kedai makan.



2)PANTAI TELUK NIPAH
Pantai ini ialah lokasi percutian popular di kalangan pengunjung di Pulau Pangkor.Ia adalah kawasan pantai yang cantik.Kemudahan banyak disediakan di sini antaranya resort dan chalet untuk penginapan pelancong.Selain itu,kedai makan dan gerai juga dibina disepanjang pantai.Tak lupa juga aktiviti watersport turut disediakan tauuu😁Tempat ini tidak ubah seperti Pantai Cenang Langkawi sekitar tahun 80an.



3)TELUK SEGADAS
Teluk Segadas ialah pantai yang cantik yang terrletak didalam Hutan Simpan Pulau Pangkor.Ia terletak tidak jauh dari Masjid Terapung di Teluk Gedung.Korang perlu berjalan merentas hutan lebih kurang20 minituntuk smpai ke pantai ini.Selain itu,ia juga terkenal sebgagai lokasi perkhemahan.




PULAU MENARIK
Terdapat beberapa pulau kecil disekitar Pulau Pangkor.Pengunjung yang ingin ke  pulau-pulau ini boleh menyewa bot atau mengambil pakej aktiviti yang ditawarkan.

1.Pulau Pangkor Laut-Pangkor Laut Resort,Emerald Bay
2.Pulau Mentagor-Pakej Island hopping,cruise dan snorkelling.
3.Pulau Giam-Pakej Island hopping.cruise dan snorkeling.
4.Pulau Sembilan-Pakej memancing

TEMPAT MENARIK DI PULAU PANGKOR

Bukan sahaja ada tempat bersejarah dan pantai yang cantik.Di sini juga terdapat beberapa tempat menarik yang korangg boleh lawati jika berkujung ke Pulau Pangkor.Antara yang paling pupular di sini ialah Masjid Terapung dan Pangkor Island 3D Art House.


PANGKOR ISLAND 3D ART HOUSE

Pangkor Island 3D Art House terletak di Kampung Sungai Pinang Besar. Berbagai lukisan 3D menarik menanti pengunjung. Banyak koleksi lukisan menarik berasaskan apa yang ada pulau ini. Sesuai untuk anda yang gemar bergambar dan pandai beraksi.

Tidak dinafikan kebanyakan 3D art galeri ini hampir sama dimana-mana sahaja tetapi ia juga adalah tempat anda boleh berseronok bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan aksi menarik, sudut yang betul dan kamera yang baik, anda dapat menghasilkan gambar yang pasti meninggalkan memori indah sepanjang hayat.



Harga tiket:

Harga tiket / Bayaran masuk

Dewasa : RM15

Kanak-kanak : RM10

 

Waktu operasi: 

Setiap hari : 10.00 am - 6.00 pm

 

 

MASJID TERAPUNG

Masjid Al-Badr Seribu Selawat  atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung ialah sebuah masjid yang cantik dan mesti dilawati. Ia terletak di Teluk Gedung, Pulau Pangkor. Ia sesuai dikunjungi siang dan juga malam. Pengunjung dapat melihat pemandangan berbeza dan cukup menarik.

 



 

KILANG HASIL LAUT PAKSU

Kilang Hasil Laut Paksu ialah satu-satunya kilang bumiputera muslim di Pulau Pangkor. Ia terletak di Sungai Pinang Kecil. Kilang ini memproses serta menghasilkan produk hasil laut seperti sate ikan, sotong dan lain-lain. Selain itu, barangan mentah seperti ikan kering dan ikan bilis turut dijual.

 






PEKAN PANGKOR

Pekan Pangkor adalah salah satu tempat menarik untuk dikunjungi. Diwaktu pagi, korang boleh melawat pasar yang menjual ikan segar, sotong, udang dan lain-lain. Disini juga ialah lokasi untuk membeli-belah barangan hasil laut terutama ikan bilis mata biru yang sangat popular dikalangan pengunjung.

Pekan Pangkor juga ialah lokasi menarik untuk sarapan pagi dan bersantai diwaktu malam.




Kesimpulannya,Pulau Pangkor merupakan tempat peranginan yang selalu dilawati oleh para pelancong tak kira dari dalam negeri atau luar negara.Pelancong memilih Pulau Pangkor sebagai detinasi mereka untuk bercuti kerana pulau ini mempunyai tarikan semulajadi dan pantainya yang cantik.Selain itu banyak tempat menarik untuk dilawati.Bukan itu saja aktiviti pelancongan juga turut disediakan.Selain itu,terdapat juga banyak resort dan chalet.Amat sesuai menjadi destinasi percutian untuk family day atau tenangkan fikiran.

Setakat ini sahaja yang dapat adawi kongsikan untuk korangg semuaa serba sedikit tentang Pulau Pangkor😘TERIMA KASIH kerana sudi luangkan masa korangg untuk membaca blog adawi💕Selamat Bercuti Di Pulau Pangkor😎

 








No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

  Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang menarik. Kerajaan melalui Kementerian Pelanconga...